Penerangan Topik (Oleh Wana Puyu Anak Binit)

 PENDAHULUAN

Secara umumnya, Revolusi industri 4.0 adalah istilah yang merujuk kepada perubahan besar dalam cara pengeluaran dan interaksi dalam dunia perindustrian yang dipacu oleh kemajuan teknologi digital. Dimulai pada awal abad ke-21, fasa ini dicirikan oleh penyepaduan teknologi canggih seperti Internet Perkara (IoT), kecerdasan buatan (AI), data besar, dan automasi dalam proses pengeluaran. Transformasi ini bukan sahaja mempengaruhi cara barangan dihasilkan, tetapi juga cara maklumat diuruskan, disimpan, dan disebarkan. Dari penjelasan ini, terdapat sebelas teknologi baharu dalam IR 4.0 yang diketahui kerap digunakan dalam perisian Microsoft Word.

Berikut adalah contoh gambar rajah yang mempunyai sebelas teknologi atau ciridalam Microsoft Word yang relevan dengan Revolusi Industri 4.0.


                                          Gambar 1: Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0)

Dalam tugasan ini, dua teknologi baharu dalam IR 4.0 yang akan dibincangkan ialah Industrial Internet of Things (IIoT) dan Artificial Intelligence (AI). Dengan menggunakan teknologi ini, Microsoft Word menjadi alat yang lebih kukuh dalam menyokong keperluan komunikasi dan dokumentasi di era Industri 4.0.

DEFINISI

Definisi Teknologi Industrial Internet of Things (lloT)


Gambar 2: Contoh Penggunaan Teknologi Industri of Things (Llot)


Teknologi Internet Perkara Industri (IIoT) merujuk kepada penggunaan peranti pintar dan rangkaian yang bersambung dalam sektor perindustrian. Ia melibatkan penyepaduan penderia, peranti, dan sistem yang membolehkan pengumpulan, analisis, dan pertukaran data nyata. Terdapat beberapa komponen utama dari IIoT iaitu Penderia dan Peranti berfungsi sebagai alat yang mengumpul data dari mesin, proses, atau persekitaran kerja. Selain itu, Kertersambungan juga dikenali sebagai teknologi yang menghubungkan peranti melalui rangkaian, sama ada Wi-Fi, Ethernet, atau protokol lain. Oleh itu, Analisis Data juga merupakan proses memproses data yang dikumpul untuk mendapatkan cerapan dan mengoptimumkan operasi. Automasi mengambil peranan sentiasa menggunakan data danalgoritma untuk mengotomasikan proses industri, meningkatkan kecekapan dan mengurangkanralat manusia. Seperti yang ketahui, IIoT digunakan untuk pelbagai aplikasi, seperti memantau keadaan mesin, mengurusan rantaian bekalan, dan mengurangkan masa henti, dengan itu membantu syarikat meningkatkan produktiviti dan kecekapan.


 Definisi Artificial Intelligence

 


                                 Gambar 3: Contoh Penggunaan Artificial Intelligence

Kecerdasan buatan (AI) diiktiraf sebagai cabang ilmu komputer yang menumpukan pada pembangunan sistem dan mesin yang boleh melaksanakan tugas yang biasanya memerlukan kecerdasan manusia. Ini termasuk keupayaan untuk belajar, menyesuaikan diri, memahami bahasa semula jadi, mengenali corak, dan membuat keputusan. AI dapat dibahagikankepadadua kategori utama iaitu AI lemah (AI sempit) dimana ia digunakan untuk sistem yang direka untuk melaksanakan tugas tertentu, seperti pengecaman muka atau pembantu maya. Begitu juga, AI kuat (general AI) berperanan dalam mengawal sistem yang mempunyai keupayaan untuk memahami dan belajar dalam perbagai domain, sama seperti kecerdasan manusia yang masih dalam peringkat Pembangunan. Seperti yang diketahui, AI digunakan dalam pelbagai aplikasi, mulai dari kereta autonomi, analisis data dan perkhidmatan pelanggan automatik.

FUNGSI TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0

Fungsi Artificial Intelligence

 

Kecerdasan Buatan (AI) mempunyai pelbagai fungsi dan aplikasi , termasuk seperti berikut :

 

· Automasi proses adalah penting bagi AI untuk mengautomasikan tugas rutin dan berulang, seperti pemprosesan data dan pengurusan inventori.

· Analisis Data boleh menganalisis data besar untuk mencari corak, arah aliran dan maklumat yang boleh membantu membuat Keputusan.

· Pemprosesan Bahasa Semulajadi (NLP) membantu AI yang digunakan dalam “chatbots”, pembantu maya dan system terjemahan untuk memahami dan menghasilkan semula bahasa manusia.

· Pengecaman Imej dan Suara sangat berguna dalam AI kerana ia boleh mengecam muka, objek dan suara. Semua ini sangat berguna dalam aplikasi keselamatan, Kesihatan dan hiburan.

· Sandaran dan Personaliti juga penting dalam system sandaran seperti yang digunakan oleh penstriman dan platform e-dagang bergantung pada AI untuk menyediakan sandaran dan personality berdasarkan tingkah laku pengguna.

· Pembangunan Kenderaan Autonomi AI digunakan dalam kenderaan autonomi untuk memahami persekitaran dan membuat Keputusan panduan.

· Diagnostik Perubatan sentiasa digunakan dalam sektor Kesihatan, AI boleh membantu dalam diagnosis penyakit dan analisis imej perubatan.

· Permainan dan Hiburan adalah penting dalam AI untuk mencipta pengalaman permainan yang lebih menarik dengan mengawal tingkah laku watak bukan pemain.


 Fungsi Teknologi Industri of Things (lloT)

Teknologi Industri of Things (IIoT) mempunyai pelbagai fungsi yang sangat penting dalam konteks industri dan pembuatan. Berikut ialah beberapa fungsi utama lloT :

· Pemantauan Masa Nyata membolehkan pemantauan masa nyata keadaan mesin dan peralatan, membantu mengenal pasti masalah lebih awal dan mengurangkan masa henti.

· Analisis Data juga digunakan secara penting untuk mengumpul data daripada pelbagai penderia, lloT membolehkan analisis mendalam untuk mengenal pasti corak dan arah aliran yang boleh meningkatkan operasi dengan lancer.

· Automasi dan Kawalan menyokong lloT menyokong automasi proses perindustrian, membolehkan system beroperasi dengan kurang campur tangan manuasia dan meningkatkan produktiviti.

· Data Penyelenggaran Ramalan yang dijana oleh penderia boleh digunakan untuk meramalkan bila peralatan memerlukan pembaikan dan penyelenggaraan. Disamping itu, dapat mengurangkan kos yang tidak dijangka dan masa pemulihan.

· Penambahbaikan Keselamatan lloT boleh menambah baik operasi lancar dengan memantau keadaan dan mengenal pasti potensi risiko dalam persekitaran industri dengan baik.

· Pengurusan Rantaian Bekalan membolehkan kawalan rantaian bekalan yang lebih baik dan memudahkan pengesahan barangan serta pengurusan inventori yang lebih cekap.

· Penyepaduan Sistem sangat penting dalan lloT menyepadukan pelbagai sistem dan peranti. Ia menwujudkan ekosistem yang saling berkaitan untuk meningkatkan Kerjasama dan komunikasi antara unit dan kumpulan.


KEBAIKAN

 

Kebaikan Teknologi Industri of Things (lloT)

 

· Kebaikan dalam penggunaan teknologi Industri of Things yang pertama Pemeliharaan Prediktif yang digunakan dalam industri pembuatan, IIoT memungkinkan perusahaan untuk menerapkan penyelenggaran ramalan. Dengan sensor yang terpasang pada mesin, data keadaan mesin dapat dikumpulkan dan dianalisis. Hal ini memungkinkan perusahaan untuk mengetahui bila mesin mungkin mengalami masalah sebelum berlaku kerosakan. Dengan demikian, penyelenggaran dapat dijadualkan secara proaktif, mengelak perkara yang diluar jangkaan dan kos pembaikan.

· Kebaikan seterusnya adalah Kecekapan Tenaga yang dapat membantu perusahaan dalam mengawal keseluruhan dengan lebih baik. Penapisan dapat memantau penggunaan tenaga di seluruh fasiliti dan mengenalpasti kawasan di mana energi digunakan secara tidak efisien. Dengan maklumat ini, perusahaan dapat mengambil langkah-langkah untuk mengurangkan sisa tenaga, seperti mengoptimumkan penggunaan peralatan atau melaksanakan amalan mesra alam. Ini bukan sahaja mengurangkan kos operasi tetapi juga memberi kesan positif terhadap kelestarian alam sekitar.


 Kebaikan Teknologi Artificial Intelligence

 

·  Kecanggihan pengunaan tekonologi Otomatisasi dan Efisiensi AI dapat mengoptimakan tugas-tugas rutin dan repetitif seperti pengumpulan data, analisis laporan atau perkhidmatan pelanggan melalui ”chatbot”. Dengan mengurangi beban kerja manual, AI meningkatkan kecekapan operasi dan membolehkan pekerja-pekerja untuk fokus pada pekerjaan yang lebih strategik dan kreatif.

·  Begitu juga, Analisis Data yang mendalam mampu menganalisis data dalam jumlah besar dengan cepat dan tepat. Kemampuannya untuk menemukan pola dan kawasan yang tersembunyi membantu organisasi dalam pengambilan keputusan yang lebih baik dan berdasarkan data, serta membolehkan ramalan arah aliran pasaran dan tingkah laku pelanggan yang lebih tepat.

KEBURUKAN

 

Keburukan Teknologi Industri of Things (lloT)

 

·  Tidak dinafikan terdapat kesan buruk terhadap pengunaan teknologi revolusi terutamanya negara kita sendiri iaitu Malaysia. Keburukkan pertama ialah Masalah Keselamatan dan Privasi, peranti lot sering kali mengumpul dan menghantar data peribadi. Ini menjadikan mereka sasaran yang menarik bagi penggodam yang boleh mengeksploitasi kelemahan keselamatan untuk mendapatkan akses kepada maklumat sensitif.

·  Selain itu, Ketergantungan kepada Teknologi dengan semakin banyak sistem yang bergantung pada Lot, terdapat risiko besar jika teknologi tersebut gagal. Gangguan dalam perkhidmatan atau kerosakan peranti boleh menyebabkan kesan negatif yang besar terutamanya dalam sektor kritikal seperti kesihatan atau pengangkutan.

 

Keburukan Teknologi Artificial Intelligence

 

· Kesan buruk penggunaan Teknologi Artificial Intelligence juga banyak memberi kesan negatif terhadap manusia dan negara. Contohnya, Penyalahgunaan Privasi yang dapat mengumpul dan menganalisis data peribadi tanpa kebenaran pengunaan. Ini boleh menyebabkan pelanggaran privasi dan penyalahgunaan maklumat seperti dalam kes pemantauan tanpa izin.

· Penurunan jumlah pekerjaan yang ada dan gaji yang lebih rendah menjadikan individu lebih tertekan dengan kehidupan. Kesan daripada ini, berlakunya Pengangguran disebabkan automasi yang dibantu oleh AI boleh mengantikan pekerjaan manusia dalam pelbagai industri,menyebabkan peningkatan kadar pengangguran dan ketidakseimbangan ekonomi.Pekerja yang tidak mempunyai kemahiran yang relevan mungkin sukar untuk mendapatkan pekerjaan yang baru.


6.0 CONTOH NEGARA YANG MELAKSANAKAN TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0

 

Revolusi teknologi keempat bermula dengan negara-negara perindustrian maju dan berteknologi tinggi seperti Jerman dan Singapura.

Secara umumnya, istilah revolusi industri 4.0 muncul di negara Jerman dalam satu persidangan Hannover Fair pada tahun 2011 (Kagermann & Wahlster 2013) di mana ia dikaitkan dengan perkembangan perniagaan, politik dan akademik (Herman, Pentek & Otto 2016). Perkara ini turut mendapat perhatian bahawa, negara Jerman memiliki kepentingan besar dalam industri 4.0 kerana ia menjadi sebahagian daripada kepintaran pembangunan teknologi yang disebut High Tech Strategy 2020. Oleh itu, pembangunan tersebut bertujaun untuk menjadikan negara Jerman sentiasa kehadapan dalam tekonologi pembuatan.

Statistik telah menunjukkan bahawa teknologi IR4.0 ini mempunyai potensi besar untuk terus menghubungkan berbillion-billion individu ke dalam satu jaringan (web), meningkatkan kecekapan perniagaan dan organisasi secara drastik serta membantu menubuhkan semula persekitaran semula jadi melalui pengurusan aset yang lebih baik. Contohnya, mesin di kilang boleh berkomunikasi antara satu sama lain dan dengan sistem pengurusan untuk mengoptimumkan operasi, mengurangkan masa henti, dan meningkatkan kecekapan. Jerman juga memfokuskan pada automasi pintar yang membolehkan pengeluaran yang lebih fleksibel dan responsif terhadap permintaan pasaran.

Di Malaysia, pakej ransangan ekonomi diperkenalkan ketika penularan wabak Covid19 dan hampir RM1 Billion telah diperuntukkan bagi mengalakkan penggunaan teknologi dandigital oleh perusahaan kecil dan sederhana. Pakej ini menyemai inovasi digital dalam syarikatpemula niaga yang sebahagian usaha bagi memastikan semangat berdaya saing mereka dalamera Revolasi Industri 4.0. Tiga kompenan utama mendukung implementasi penggunaan IR 4.0 adalah internet pelbagai benda, prasarana siber-fizikal dan aplikasi mudah alih. Selain itu, Pelan Tindakan Dasar Industri 4.0 diperkenalkan dan diperuntukan RM210 juta dalam belanjawan 2019 bagi tahun 2019 sehingga 2021.

Begitu juga, negara Singapura telah mengintegrasikan kecerdasan buatan dan robotik dalam pelbagai sektor, termasuk pembuatan dan perkhidmatan. Program seperti "Smart Nation" bertujuan untuk menghubungkan rakyat dengan teknologi canggih. Contohnya, penggunaan robot untuk tugas-tugas tertentu dalam pembuatan dan logistik membantumeningkatkan produktiviti dan keselamatan. Singapura juga memanfaatkan AI dalam anlisisdata untuk membuat keputusan yang lebih baik dalam pengurusan bandar dan perkhidmatan awam.

Di Singapura sangat terkenal dengan Proses Automasi Robot (RPA) juga adalah salah satu kemajuan teknologi yang semakin berkembang pesat khususnya untuk kegunaan industridalam skala yang besar. RPA menggunakan pelbagai perisian serta aplikasi untuk menjadikanurusan harian dalam sesebuah industri secara automasi dengan pengumpulan data sertaanalisis.Perkhidmatan pelanggan yang melalui tugasan berulang menggunakan khidmat RPA ini sekali gus menjadikan ia lebih sistematik. Berdasarkan satu laporan pakar industri, RPA ini bertanggungjawab untuk menggantikan lima peratus pekerjaan pada hari ini yang menggunakan khidmat manusia.

Kedua-dua negara ini menunjukkan bagaimana teknologi baharu dalam IR 4.0 dapat memacu inovasi dan meningkatkan daya saing ekonomi.

6.0 CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0

 

Terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh sektor swasta dan kerajaan dalam melaksanakanIR 4.0. Revolusi Industri 4.0 membawa banyak peluang, tetapi juga cabaran bagi sektor swasta, khususnya dalam pembuatan, serta bagi sektor kerajaan di Malaysia. Berikut adalah tiga cabaran utama yang dihadapi antaranya ialah kekurangan tenaga kerja terlatih, kos pelaburan tinggi dan keselamatan siber.

Kekurangan tenaga mahir di Malaysia menjadi cabaran dan halangan teknologi revolusi IR 4.0 berkembang maju. Sektor Swasta dalam industri pembuatan, terdapat keperluan untuk pekerja yang mempunyai kemahiran dalam teknologi baru seperti automasi, IoT, dan analisis data. Kekurangan tenaga kerja terlatih dalam bidang-bidang ini boleh menghalang syarikat daripada memanfaatkan sepenuhnya teknologi yang ada. Begitu juga, Sektor Kerajaan perlu membangunkan program latihan dan pendidikan yang sesuai untuk mempersiapkan tenaga kerja masa depan. Namun, proses ini memerlukan masa dan pelaburan yang besar.

Melahirkan golongan yang mahir memerlukan kos yang tinggi dan masa yang panjang.Hal ini menyebabkan pembuatan dan pengilangan di Malaysia kekurangan tenaga yang mahirdalam bidang teknologi industri. Realiti sekarang, negara yang sedang membangun masihlagimengkaji keberkesanan IR 4.0 terhadap ekonomi negara.Sektor Swasta pelaksanaan teknologi canggih sering melibatkan kos permulaan yang tinggi. Bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS), mendapatkan dana untuk melabur dalam teknologi baru mungkin sukar, yang boleh membatasi kebolehan mereka untuk bersaing bagi Sektor Kerajaan. Kerajaan perlu menyediakan insentif dan sokongan kewangan untuk membantu syarikat-syarikat melabur dalam teknologi baru. Ini memerlukan perancangan dan pengagihan sumber yang berkesan.

Ancaman keselamatan siber juga salah satu cabaran yang dihadapi oleh Malaysia. Kewujudan revolusi ini membawa kepada ancaman jenayah siber yang lebih tinggi berbanding revolusi sebelum ini bagi Sektor Swasta pula, dengan peningkatan penggunaan teknologi digital dan IoT, ancaman keselamatan siber juga meningkat. Syarikat pembuatan perlu melindungi data dan sistem mereka daripada serangan siber, yang boleh menyebabkan kerugian kewangan dan reputasi. Sektor Kerajaan perlu memastikan bahawa undang-undang dan regulasi mengenai keselamatan siber diperkuatkan. Ini termasuk memastikanbahawasemua sektor, termasuk pembuatan, mempunyai panduan dan sokongan yangdiperlukanuntukmengurus risiko siber. Ancaman Siber ini secara tidak langsung akan membawa kepada risikopemilik data seseorang individu atau sesebuah syarikat termasuklah hilangkawalandata,pendedahan data dan maklumat peribadi serta perkongsian dan penjejakan maklumat. (Morrar, Arman , & Mousa 2017)Untuk mencapai kemajuan IR4.0 dalam sesebuah negara adalah bukan suatu perkara yang mudah dan mengambil masa yang panjang, sekitar lingkungan 10 tahun atau lebih untuk merealisasikannya (Zhou et.al. 2015). IR4.0 merupakan cabaran baharu kepada semua sektor perkhidmatan dan perindustrian dalam dan luar negara. Untuk kekal berdaya saing, semuasektor perlu meningkatkan keupayaan menggunakan transformasi digital dalam perkhidmatan dan perindustrian serta pendekatan yang strategik untuk membangunkan ekosistem yang menyokong kemajuan IR 4.0.


7.0 MASA DEPAN SELEPAS INTEGRASI DALAM IR 4.0

 

Selepas disepadukan sepenuhnya ke dalam Revolusi Industi IR 4.0, masa depan dijangka akan membawa perubahan besar dalam pelbagai aspek kehidupan.Berikut adalah beberapa gambaran utama adalah Automatisasi dan Robotik bagi penggunaan robot dan sistem automatik dalam industri akan meningkat, mengurangkan keperluan untuk buruh manual dan meningkatkan kecekapan pengeluaran. Ini mungkin menyebabkan perubahan dalam jenis pekerjaan yang ada, dengan lebih banyak fokus pada tugas yang memerlukan kemahiran teknikal.

Selain itu, Internet of Things (IoT) akan membenarkan peranti dan mesin untuk berkomunikasi dalam masa nyata. Ini menambah baik pemantauandan kawalan proses daripada pengeluaran kepada pengedaran dan menambah baik pengalaman pengguna produk dan perkhidmatan.

Begitu juga, Pengumpulan dan Analisis jumlah data besar akan membolehkan syarikat membuat keputusan yang lebih baik dan pantast. Ini membolehkan inovasi produk yang lebih baik, pemahaman yang lebih mendalam tentang keperluan pelanggan dan meningkatkan strategi pemasaran.

Selain itu, Kecerdasan Buatan (AI) akan memainkan peranan penting dalam pengoptimuman proses dan membuat keputusan. Ia boleh digunakan dalam pelbagai bidang seperti penjagaan kesihatan, pendidikan, dan perkhidmatan pelanggan untuk meningkatkan kecekapan dan pemperibadian.

Seperti yang anda ketahui, Ekonomi Digital sangat penting untuk kemunculan model perniagaan baharu seperti platform digital yang menghubungkan pembeli dan penjual secara langsung. Ini akan mengubah cara perniagaan beroperasi dan berinteraksi dengan pelanggan.

Tenaga dan Sumber Daya salah satu daripadanya ialah teknologi pintar yang membantu kita mengurus tenaga dan sumber serta menggunakan sumber tenaga boleh diperbaharui dengan lebih cekap. Ini akan menyokong matlamat kemampanan dan mengurangkan pelepasan karbon.

Seterusnya, Pendidikan dan Kemahiran sangat membantu dalam mempertimbangkan keperluan untuk sistem pendidikan yang lebih fleksibel dan memberi tumpuan kepada kemahiran digital. Pembelajaran sepanjang hayat adalah penting untuk menyesuaikan diri dengan perubahan teknolog yang pesat.

Tambahan pula, dengan peningkatan pendigitalan, Keselamatan Siber mungkin menjadi isu kritikal. Perniagaan mesti melabur dalam langkah keselamatan yang kukuh untuk melindungi data dan infrastruktur mereka.

Akhir sekali, Pembangunan Komuniti juga boleh meningkatkan untuk kualiti hidup secara berkesan dengan menambah baik akses kepada teknologi, perkhidmatan, dan maklumat. Tetapi untuk memastikan semua lapisan masyarakat dapat menikmati faedah ini, jurang digital juga mesti diatasi.

Secara keseluruhannya, masa depan selepas integrasi penuh IR 4.0 dijangka lebih berhubung dan cekap, tetapi pada masa yang sama dengan faedah sosial dan ekonomi yang berkemungkinan meningkat apabila negara kita membangun ia juga memerlukan pendekatan pintar menghadapi cabaran.

KESIMPULAN


Dengan integrasi rangkaian luas teknologi, IR 4.0 menawarkan peluang yang hebat
 tetapi ia juga memberikan mencabar dan memerlukan pendekatan pintar untuk memastikan semua bidang kehidupan mendapat manfaat daripadanya. Pelaksanan dan pemantauan dasar hendaklah dijalankan dengan serius bagi memastikan matlamat yang ditetapkan tercapai sepenuhnya. Jika tidak ditangani dengan baik, Malaysia berkemungkinan besar ketinggalan jauh daripada perkembangan revolusi teknologi memberi kesan negatif kepada pembangunannya. Oleh itu, industri 4.0 menekankan aspek pembuatan pintar maka sumber manusia yang bakal mengisinya mestilah bijak merebut peluang, kreatif dan berinovatif dalam mengemukakan cadangan dan berani ambil risiko.


9.0 RUJUKAN

 

Blog Sham Shahar (2020, Jun 20)  7 Kegunaan Umum Pengkomputeran Awan. Diakses pada Jun 20, 2020 dari https://axotechnologies.com/7- kegunaan-umum pengkomputeran-awan/
 
Shahirah (2018)  Revolusi Perindustrian 4.0 apakah yang anda perlu tahu. Diakses pada 2018 dari https://rootofscience.com/blog/2018/sains- komputer/zaman-industri-4-0/.
 
Blog Mohd Fairuz Mohd Yusuf (2017, November 6)  Revolusi Perindustrian Keempat/ Industri 4.0/ IR 4.0. Diakses pada 6 November dari https://mohdfairuzmohdyusof.blogspot.com/2017/11/industri-40-ir-40-revolusi.html
 
Shukri Mohamad (2020, April 2)  Revolusi Industri 4.0, Cabaran dan Peluang, Diakses pada 2 April 2020 dari file:///C:/Users/PC/Downloads/PERSPEKTIF-Revolusi-Industri-4.0-Cabaran-dan-Peluang.pdf
 
Zhou, K., Liu, T., & Zhou, L. (2015). Industry 4.0: Towards future industrial opportunities and challenges. 12th International Conference on Fuzzy Systems and Knowledge Discovery, FSKD 2015, 2147–2152.
https ://www.mosti.gov.my/fokus/revolusi-industri-keempat-ir-4.0/ Hannover Fair pada tahun 2011 (Kagermann & Wahlster 2013)
dari chrome-extension://efaidnbmnnnibpcajpcglclefindmkaj/https://conference.uis.edu.my/icomm/8th/images/021-057.pdf
 
Morrar, R., Arman, H., & Mousa, S. (2017). The Fourth Industrial Revolution (Industry 4.0): A Social Innovation Perspective. Technology Innovation Management Review, 7(11), 12-20.

 


Comments