Penerangan Topik (Oleh Liyanaubaidah binti Mohd hanafi)

 PENGENALAN

Apabila mendengar ungkapan Revolusi Perindustrian ke-4 atau lebih mudah disebut IR 4.0, ramai yang masih tertanya-tanya dan masih belum memahami maksud ungkapan tersebut. Istilah IR 4.0 mula disebut oleh Hannover Messe Trade Fair pada tahun 2011 (Pfeiffer, 2017). Revolusi Industri 4.0 adalah merupakan sebuah revolusi digital yang merujuk kepada proses pembangunan teknologi dalam sesebuah industri khususnya melibatkan sektor pengeluaran dan automasi ke tahap yang lebih pintar dan sistematik. Proses peralihan industri ini juga adalah dikenali sebagai “Smart Factory” di mana setiap sistem yang diimplementasikan adalah lebih fleksibel dan sistematik serta dapat menyesuaikan diri dengan situasi baru yang lebih mencabar (Morrar, Arman & Mousa, 2017) Istilah untuk Revolusi Industri 4.0 dikenali di Jerman pada tahun 2011 untuk pertama kali . Ir 4.0 mempunyai 9 tiang utama iaitu Internet of things (iot), robot autonomi, the cloud, keselamatan cyber, Simulasi, analisis Data Besar,Sistem Integrasi mendatar dan menegak, Analisis Data Besar dan pembuatan bahan tambahan seperti dalam gambar 1 .




DEFINISI TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0




Definisi Internet of Things ( IOT)

Internet of Things (IOT) diasakan oleh Kevin Ashton pada tahun 1999 , bekas penolong pengurus jenama syarikat Procter & Gamble. Istillah Internet of Things ( IOT) merujuk kepada rangkaian alatan, kenderaan, elektronik pengguna dan barang fizikal lain yang diterapkan dengan komponen elektronik, perisian, sensor, penggerak dan ketersambungan yang membenarkan alatan sedemikian untuk berhubung, mengumpul serta bertukar data. (Wikipedia ,2024 )Selain itu , Internet of Things (IoT) ialah rangkaian peranti fizikal, kenderaan, bangunan dan item lain yang dibenamkan dengan elektronik, perisian, penderia dan ketersambungan yang membolehkan objek ini menyambung dan bertukar data. Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) boleh mendapat manfaat daripada IoT dalam pelbagai cara seperti penjimatan kos, peningkatan kecekapan dan membuat keputusan yang lebih baik. IoT membolehkan PKS mengumpul data daripada pelbagai sumber, menganalisisnya dan membuat keputusan termaklum. ( Azizan, A. Z., & Abdullah Zawawi, I. F, 2023)

Definisi Robot Autonomi (Autonomous Robot)

Dengan kemajuan terkini, robot boleh digunakan untuk melaksanakan tugas rumit atau melakukan tugasan harian. Robot ini boleh dipantau dan dikendalikan dari jauh serta ia boleh diprogramkan untuk beroperasi dalam persekitaran kerja yang sama seperti manusia.( Nor Azlina kassim,2020). Robot autonomi ialah robot yang bertindak tanpa menggunakan kawalan manusia. Contoh sejarah termasuk kuar angkasa. Contoh moden termasuk vakum pandu sendiri dan kereta. Lengan robot industri yang berfungsi pada barisan pemasangan di kilang juga boleh dianggap sebagai robot autonomi, walaupun autonominya terhad disebabkan persekitarannya yang sangat berstruktur dan ketidakupayaan mereka untuk bergerak.( wikipidia,2024)

 

 KEFUNGSIAN TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0




 Kefungsian Internet of things (IoT)


Internet of things (IoT) berfungsi untuk peranti lain berkomunikasi , bergumpul data dan memantau data. Ia dilengkapi sensor bagi mengesan persekitaran manusia dan mengumpul datam dengan tepat . Contohnya, dalam pengilangan, mesin dan peralatan boleh dilengkapi dengan sensor, menguji prestasi mesin, suhu dan tekanan serta data tersebut akan dihantar ke pusat kawalan untuk dianalisis. Pengilang boleh memantau keadaan mesin dan mengenal pasti masalah yang dihadapi. Ia boleh membantu dari segi pengurangan masa berhenti, meningkatkan produktiviti dan mengelakkan kerugian disebabkan oleh kerosakan. Internet of things(Iot) membolehkan automasi dalam pelbagai peranti. Peranti peranti tersebut dapat berfungsiautomatik melakukan tugas yang tertentu tanpa pemantuan dari manusia serta melalui aplikasi telefon pintar dari jauh. Sebagai contoh, sensor pengerakan yang dipasang, lampu tersebut akan menyala apabila berlakunya pengerakan yang dikesan.



Kefungsian Robot Autonomi

 Robot Autonomi berfungsi untuk menggantikan manusia melakukan aktiviti yang berulang dan tugasan ketepatan tinggi agar boleh melakukan pengemasan atau pengajian semula produk secara automatik tanpa kawalan daripada manusia. Dengan cara ini , ia dapat mengurangkan kesilapan manusia. Robot Autonomi juga ada dapat menangani persekitaran manusia tanpa sebarang bantuan. Sebagai contoh, robot dapat melaksanakan tugas seperti pembersihan di rumah dan pejabat , menghantar barang atau memindahkan sesuatu barang ke tempat lain. Ia juga berfungsi dalam pelbagai bidang seperti perubatan, keselamatan , pertanian dan perbuatan sehingga menjadi revolusi industri 4.0


KEBAIKAN DAN KEBURUKAN TEKNOLOGI BAHARU DALAM IR 4.0

Kebaikan dan Keburukan Internet of Things (IOT)

 

KEBAIKAN

KEBURUKAN

Keselamatan

Ø Internet of thing (IoT) memastikan keselamatan dan keamanan terjaga dengan adanya peranti keselamatan pintar . Ia mempunyai sistem memberi kawalan sepenuhnya terhadap keselamatan di rumah dan pejabat mereka atau yang tidak berada di lokasi.Contohnya , kamera keselamatan , sensor pengerakkan dan penggera keselamatan.

Kos yang tinggi

Ø Iot mempunyai banyak kebaikan dan faedahnya , namun ia juga memerlukan kos yang banyak bagi proses pelaksanaanya seperti kos peranti yang perlu sambung ke internet , kos pemasangan yang memerlukan kepakaran , kos penyelenggaran untuk memastikan sistem berfungsi dengan baik dan kos latihan bagi pekerja atau pengguna dalam sebuah sektor

Kecekapan dan kemudahan

Ø Membolehkan automasi dan memudahkan tugas dalam sebuah kehidupan seharian , Sebagai contoh, penghawa dingin, lampu dan sistem keselamatan yang boleh dikawal dari jauh melalui telefon bimbit dan secara automatik .

Kekurangan perkerjaan

Ø Automasi yang disokong oleh intenet of things (iot) boleh mengurangkan tenaga pekerja dalam beberapa sektor . Contohnya , pengilangan boleh menggunakan automasi yang dapat menggantikan perbuatan yang berulang walaupun ia merupakan kebaikan dalam iot . Hal ini turut berisko

peningkatan kadar pengangguran .


Kebaikan dan keburukan robot autonomi


KEBAIKAN

KEBURUKAN

Menjimatkan kos

Ø Menggunakan robot autonomi boleh mengurangkan kos buruh. Hal ini kerana, robot tersebut menggantikan tugas atau pekerjaan manusia yang berulang dan berbahaya. Penggunaan robot autonomi juga memberi keuntungan kepada pengusaha.

Kadar pengangguran meningkat

Ø Peluang perkerjaan semakin berkurang. Hal ini disebabkan penghasilan robot autonomi dapat menggantikan manusia dalam tugasan berulang dan berat. Ini juga boleh menyebabkan banyak pengangguran kerana sektor tidak memerlukan pekerja yang tidak mempunyai kemahiran dalam teknologi baharu.

Cepat dan cekap

Ø Melakukan tugas dengan masa yang ditetapkan dan penghasilan lebih berkualiti serta bermutu tinggi kerana mereka telah diprogramkan.

Kos peralatan yang tinggi

Ø untuk kos membeli dan memasang robot autonomi adalah sangat tinggi manakala kos untuk membaiki kerosakan sebuah robot autonomi juga tinngi. Bagi ingin mempunyai robot yang beroperasi dengan cekap , komponen harus berkualiti tinggi.

 

 NEGARA YANG TELAH MELAKSANAKAN TEKNOLOGI BAHARU 4.0

Negara China

China telah memainkan peranan utama dalam melaksanakan teknologi baharu dalam Industri 4.0. China memanfaatkan teknologi canggih untuk mempercepatkan transformasi industri, tetapi juga menjadi pengerak utama dalam mengembangkan Invosi teknologi global.

China menggunakan Kecerdasan Buatan (AI) dalam industri pembuatan untuk mengomptimumkan proses pengeluaran, mengenal pasti kecacatan produk, dan meningkatkan kecekapan dalam tugasan. Syarikat seperti Alibab dan Baidu telah  melabur banyak dalam sektor e-dagang, pengakutan, dan penjagaan

kesihatan. Bandar di China telah memanfaatkan AI untuk pengurusan lalu lintas, keselamatan awam, dan perkhidmatan. Sebagai contoh, Hangzhou menggunakan sistem AI untuk mengawal trafik dan membantu dalam sistem pembayaran secara automatik.

Di samping itu, China telah menerapkan IoT dalam pabrik pintar untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan inventori, pemantauan mesin secara langsung, dan pengurusan tenaga. Di kawasan industri seperti Dongguan dan Shenzhen, banyak kilang telah menggunakan IoT untuk mencapai automasi penuh dan pengotimuman sistem pengeluaran. Dalam sektor Pengangkutan dan Logisitik pula, IoT digunakan dalam pengurusan logistik dan rantaian bekalan. Laman sesawang AliBaba menggunakan teknologi IoT untuk memantau dan menguruskan gudang dan penghantaran barang secara efisien.

China merupakan negara yang menggunakan robot dalam sektor pembuatan, terutamanya dalam industri elektronik, automotif, dan peralatan rumah tangga. Sebagai contoh, Foxconn, pembekal utama Apple, telah memperkenalkan leboh banyak robot untuk pengeluaran dalam kilang-kilang mereka di China. China juga mengintegrasikan robot dalam sektor penjagaan kesihatan, termasuk robot pembedahan dan robot yang membantu dalam penjagaan pesakit di hospital.

China menggunakan Automasi Proses Robotik untuk mengautomatikkan proses dalam sektor perkhidmatan kewangan, insurans, dan perbankan, Syarikat

Tencent menggunakan Automasi Proses Robotik (RPA) untuk mempercepatkan data dan tranksasi pelanggan. Automasi Proses Robotik (RPA) banyak digunakan dalam pengurusan proses perniagaan di syarikat teknologi besar di China untuk mengurangkan kos dan meningkatkan ketepatan dalam tugas administratif.

 Negara Singapura

 Singapura sangat peka dalam penerapan Revolusi Industri 4.0. Dengan pelbagai teknologi yang baru , singapura telah melaksana pelbagai strategi untuk memajukan IR 4.0 seperti kecerdasan buatan ( AI ) , automasi , analisis data ,robot autonomi dan internet of things terutamanya dalam perkhidmatan , perindustrian , kemudahan awam dan infrastruktur.Penggunaan Robot autonomi di singapore telah dilaksanakan dalam sektor perkhidmatan. Contohnya , Mandai Wildlife Reserve akan menggunakan 3 robot yang akan digunakan sebagai percubaan pada tahun suku awal 2025 iaitu :



Robot concierge

 

skrin terbina dalamnya boleh memberi arahan, maklumat harga, dan cadangan jadual perjalanan kepada pengunjung. Ia juga boleh memberi panduan dengan sleamat di sekitar pintu masuk Zoo Singapura dan tempat mengambil dan menghantar di tempat letak kereta semasa tempoh percubaan.

Robot Pengawasan

 

untuk memantau kawasan taman sepanjang 3.3 kilometer dengan menggunakan siaran kamera langsung serta pengesan cahaya dan jarak. Ia juga dapat membantu dalam mengambil separuh daripada tugas rondaan pasukan.

Robot penghantaran

 

Digunakan untuk menghantar makanan burung merentasi kawasan seluas 17 hektar. Menurut MWG, penggunaan robot ditugaskan untuk meringankan beban pekerja, membolehkan mereka memberi tumpuan kepada membantu pengunjung dan menjaga burung.

CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0

 

 Sektor Swasta

 Kekurangan tenaga mahir

 Usaha bagi melahirkan golongan tenaga yang mahir dalam bidang teknologi dan digital seiring dengan Revolusi Industri 4.0 adalah sangat mencabar kerana memerlukan masa yang panjang dan penglibatan kos yang terlalu tinggi. Menurut World Economic Forum, satu tinjauan telah dilakukan dan didapati sebanyak 37 peratus golongan pekerja di Eropah tidak memiliki kemahiran asas digital dan hal ini akan mendatangkan masalah yang besar kepada mereka dalam berhadapan dan menyesuaikan diri dengan revolusi teknologi baru. Realiti yang berlaku sekarang ini negara-negara yang sedang membangun masih lagi mengkaji keberkesanan Industri 4.0 terhadap ekonomi negara mereka. Walhal negara-negara maju seperti Jerman, Jepun dan Switzerland sudahpun mempraktikan revolusi ini dalam sektor industri dan perniagaan mereka.

Ancaman Keselamatan Siber

 Kewujudan revolusi ini akan membawa kepada ancaman jenayah siber yang lebih tinggi berbanding revolusi sebelum ini. Pengenalan Internet Pelbagai Benda (Internet of Things, IoT) yang mengintegrasikan antara sistem fizikal dan siber akan menimbulkan lebih banyak kelemahan dalam sistem rangkaian termasuklah ancaman penggodam dan penjenayah siber (Min, David & Suk, 2018). Ancaman siber ini secara tidak langsung akan membawa kepada risiko keselamatan pemilikan data seseorang individu atau sesebuah syarikat termasuklah hilang

kawalan data, pendedahan data dan maklumat peribadi serta perkongsian dan penjejakan maklumat (Morrar, Arman & Mousa, 2017). Menurut Business Insider Intelligence, satu kajian yang telah dibuat oleh Eclipse IoT Developer menunjukkan isu keselamatan meningkat daripada 30 peratus pada tahun 2018 kepada 38 peratus pada tahun 2019 dan menjadi salah satu cabaran utama dalam berhadapan dengan Revolusi Industri 4.0.

Sektor Kerajaan

 Pengambilan Tenaga Kerja

Cabaran utama menghadapi Revolusi Industri 4.0 ialah kehilangan ribuan pekerjaan disebabkan perubahan atau ketiadaan pekerjaan yang meliputi kepelbagaian tenaga kerja . Penghapusan pekerjaan akan menyebabkan generasi akan datang terpaksa menganggur dan sukar untuk mencari rezeki bagi meneruskan hidup . Mereka tidak dapat dijanjikan dengan peluang pekerjaan setelah tamat pengajian di universiti . Akibatnnya , dalam beberapa dekad akan datang , kita akan menyaksikan titik permulaan ledakan dan kejayaan teknologi . Bersandarkan realiti itu , ketakutan asas yang membimbangkan adalah bilamana Revolusi Industri 4.0 bakal mengambil alih tenaga kerja manusia secara beransur-ansur menerusi penggunaan automasi dan robot yang berleluasa . Di seluruh dunia , masyarakat hanya memerlukan aplikasi e-hailing yang terdapat di dalam telefon pintar mereka untuk menempah teksi seperti Grab atau MyCar . Tidak seperti sebelum ini yang memerlukan kita beratur panjang untuk menaiki teksi atau perkhidmatan pengangkutan .

 

 GAMBARAN MASA DEPAN SELEPAS INTEGRASI DALAM IR 4.0 SEPENUHNYA

Penggunaan Industri 4.0 membentuk hampir semua aspek kehidupan dan ekonomi. Dalam hal ini, kehidupan harian akan diwarnai oleh kemajuan pesat dalam automasi, analisis data besar, dan interaksi manusia dan mesin. Pekerjaan yang berulang akan dilaksanakan oleh robot dan sistem automasi. Hal ini peningkatkan dalam kecekapan dan produktiviti dan mengurangkan kos tenaga. Penggunaan ini akan mencipta kemahiran barukepada manusia. Walaupun kehilangan perkerjaan , teknologi ini akan wujud nya pekerjaan baru seperti penganalisi data , pakar AI dan keselamatan siber yang boleh melaksanakn sistem automasi. Dengan ada teknologi , berkerja dari jarak jauh bukan jadi satu masalah. Teknologi yang akan digunakan seperti cloud computing, video conference dan Digital Collaboration Tools.

Dari segi kehidupan, manusia lebih bergantung pada teknolgi . Peranti pintar yang berhubung dengan (iot) akan melengkapi kehidupan harian seperti automasi yang dalam kawalan subu, suhu , keselamatan dan peranti lain. Kehidupan dan keperluan akan mengerjakan tugas dengan tepat dan cermat melalui AI dan sistem automasi. Dari segi pengangkutan pula , kenderaan boleh pandu tanpa bantuan pemandu serta pengangkutan secara penggunaan elektrik. Sistem pendidikan , penggunaan revolusi industri ini akan membentuk genarasi yang bermahir tinggi .Sistem juga lebih arah teknolgi dan pembelajaran akan berasakan AI yang sesuai dengan kehidupan. Perubahann pada perniagaan yang bergantung pada robot autonomi, pengalisis data dan sistem automasi dalam cara beroperasi , bersaing dan penyampaian.

 

KESIMPULAN

 Revolusi Industri 4.0 merupakan perubahan yang sangat ketara dalam perindustrian dengan penggunaan teknologi dan elektronik seperti kecerdasan buatan (AI) , automasi , internet of things (iot) dan pengalisis data. Namun, perubahan ini bukan hanya dalam perindustrian , ia juga dalam aspek kehidupan. Hal ini memberi peluang dalam peningkatan kualiti hidup, kreatif dan invosi, serta kecekapan. Selain itu , kesan sosial daripada IR 4.0 juga harus diperhatikan. Dalam memenuhi manfaat IR 4.0 , sektor seperti kerajaan , swasta dan masyarakat perlu berkerjasama dalam penggunaan teknologi ni. Ketepatan cara penggunaan IR4.0 ini dapat membawa negara ke lebih berinovasi, berdaya saing dan berkelestarian.

  RUJUKAN

 Brown, Eric (13 September 2016). "Who Needs the Internet of Things?". Linux.com. Dicapai pada 23 Oktober 2016.

 Morrar, R., Arman, H., & Mousa, S. (2017). The Fourth Industrial Revolution (Industry 4.0): Social Innovation Perspective. Technology Innovation Management Review, 7(11), 12-20.

Brown, Eric (20 September 2016). "21 Open Source Projects for IoT". Linux.com. Dicapai pada 23 Oktober 2016."Internet of Things Global Standards Initiative". ITU. Dicapai pada 26 Jun 2015.Hendricks, Drew. "The Trouble with the Internet of Things". London Datastore. Pihak Berkuasa London Raya. Dicapai pada 10 Ogos 2015.

Azizan, A. Z., & Abdullah Zawawi, I. F. (2023). Hubungan Penggunaan Internet of Things (IoT) Dengan Prestasi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Di Batu Pahat. Research in Management of Technology and Business, 4(2), 913928. https://publisher.uthm.edu.my/periodicals/index.php/rmtb/article/view/11402

https://www.smartnation.gov.sg/

Batrisya baharim. Mandai Wildlife Reserve guna robot bagi pertingkat kecekapan operasi, Berita Singapura - Beritaharian.sg dicapai ( 19 november 2024).







Comments